TERIMA KASIH DAUN KELADI…

Penyertaan ditutup ^_^





Terima kasih diucapkan kepada yang telah menyertai giveaway ni.
Penyertaan yang amat menggalakkan… Apa yang boleh Sheila boleh katakan disini ialah





WOW!





Jadi, kepada yang dah bagi nama tu… nantikan pengumuman pemenangnya…
Hmm… melihatkan dari setiap posting… mungkin pemenangnya akan lebih dari seorang…






Jadi, sama-samalah kita nantikan keputusannya nanti ^_^





Sehingga jumpa lagi, salam mesra buat semua.







stumbleupon digg rss

Nice Craft Giveaway

(1 bath towel & 2 face towel)




TAHNIAH! ANDA PEMENANGNYA





Setelah beberapa bulan (tahun) berblog, kini tiba masa untuk memberi penghargaan buat pengunjung Nice Craft.





Apa yang kami nak bagi?



Set towel bersulam nama pemenang.



Ianya adalah sesuatu yang ISTIMEWA dan bersifat PERIBADI kepada pemenangnya nanti!





Jadi, untuk menyertai,



1. Sign-up our FREE mailing list (di sebelah kanan entry ni).



2. Ceritakan tentang giveaway ni di blog anda,



3. Tinggalkan komen di sini beserta dengan link tentang post anda.







Itu sahaja…..




Deadline 15 Julai 2009.



Pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2009.





p/s : Hanya untuk satu pemenang sahaja. ^_^



stumbleupon digg rss

Award daripada

—> MILA <---
“blog yang paling berinspirasi dan sangat mesra”



Tajuk yang sungguh aaahhhh…. (mendamaikan)http://www.emocutez.com



Terima kasih diucapkan buat Mila… seterusnya Sheila perlu memberi kepada 10 orang …




Jurra-sewcuteKak UmicupcakekasihNinozKak NannieMayaFizanLianTinnNiena



Sebenarnya ramai lagi yang nak diberikan award ni… kepada anda semua yang berblog… seperti di link ni… so happy bloging dan diharapkan kita dapat manfaat bersama…




Sehingga jumpa lagi

stumbleupon digg rss

Hari Sukan SK Sri Selangor

Dengan penuh semangat Al-Amin berlari


Hari Sabtu lepas adalah hari sukan sekolah SK Sri Selangor. Adini masuk perbarisan manakala Al-Amin ambil bahagian dalam acara sukaneka. Panas sangat hari tu, sebelum acara tamat, Sheila dah bawa anak-anak balik.



Mungkin sebab panas, baliknya dah mula sakit kepala. Janji nak jumpa Kasih di The Curve pun terpaksa dibatalkan sebab tak larat. Sorry ye Kasih, lain kali kita jumpa… memang flat habis. Tak daya nak bangun lagi.





stumbleupon digg rss

Tote Bag



Tote bag ni Sheila buat untuk officemate as a gift.





Close up. Sheila menggunakan 3 corak fabrik. Rancangan asal nak buat theme merah sempena Chinese New Year, tapi last minit tukar theme. Warna ini lagi senang nak match dengan sebarang baju.









Till then, have a nice day ^_^.




stumbleupon digg rss

Welcome friends

Dear friends… welcome to my blog and enjoy your stay here

stumbleupon digg rss

What is Threadpainting?

Cherry Rug Part 1

Threadpainting is a method for creating original embroidery by machine. The feed teeth on the sewing machine are dropped or covered so that the fabric under the machine’s needle can be moved in any direction to create lines, areas of color, and texture by stitches. All design is created when the stitcher moves the fabric under the needle. When a design is drawn onto the fabric and the fabric is placed in a hoop with stabilizer, then there is more control over the finished work.

Terry has been doing this work since 1996. The techniques she uses have been discovered through experimentation and self-study. These are the techniques she presents in her classes and videos.
Disclaimer!: Everything that Terry shows has been tested by her and taught with success to beginners in classes across the country. She does not believe her techniques are the only way to do this work. When students find ways that suit them better she thinks that is good! Terry will only do or teach what she knows (it is very subjective) and she won’t present what she doesn’t know!

For more story, please check out her website @ http://www.threadpaint.com/

stumbleupon digg rss

Selamat Hari Bapa

Selamat hari bapa diucapkan khasnya buat suamiku Mohd Jailani, terima kasih kerana menjadi seorang papa yang baik, penyabar dan penyayang buat putera dan puteri kita.



Ucapan ini juga ditujukan amnya kepada semua yang bergelar bapa.





* * * * * * * * * * * * * * *





Buat Almarhum Haji Wahid bin Haji Ramly, anakanda menghadiahkan Al-Fatihah sebagai hadiah hari bapa… Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas rohnya… tanpamu tiadalah aku di dunia ini. Hanya doa yang mampu kuutuskan sebagai ucapan terima kasihku di atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan.



Tanggal 8 Julai 2009 ini maka genaplah 5 tahun pemergianmu, tetapi rasanya seolah-olah baru semalam kau meninggalkan kami. Masih terngiang-ngiang lagi suaramu di telingaku, tatkala ku menelefonmu pada siang 7 Julai 2004 yang lalu. Kau menanyakan kepadaku, “Bila nak balik kampung?”, lantas kuberikan jawapan, “Tak tahu lagi bila nak balik, sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan.”



Dan rupa-rupanya itulah kali terakhir aku mendengar suaramu, dan sebelah malamnya aku mendapat panggilan telefon daripada mak menyatakan bahawa kau telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Sedihnya…. Seolah-olah tak percaya, sebab tiada sebarang perubahan yang ketara. Aku menangis semahu-mahunya. Allah lebih menyayangimu, daripada kami semua.



Ya Allah, tempatkanlah roh bapaku bersama orang-orang yang beriman, ampunkanlah segala dosa-dosanya. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Amin.



p/s : Buat pengunjung yang membaca blog ini, sudilah kiranya sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum Haji Wahid bin Almarhum Haji Ramly.



Terima kasih.




stumbleupon digg rss

Lilstitchy Giveaway

Dah ada pemenang ^_^
Tahniah diucapkan kepada
Wan Anis Sorfina
* * * * * * * * * * * * * *


Harap tak terlalu lewat untuk Sheila menyertai Giveaway ni. Memang le last minit sangat…http://www.emocutez.com very the ^_^. Check out her blog herehttp://www.emocutez.com

stumbleupon digg rss

CUTI-CUTI MALAYSIA


Kepada semua visitors… Sheila akan bercuti dari 09062009 hingga 12062009.. Jadi jumpa anda semua minggu hadapan dengan cerita-cerita baru. Percutian kali ini hanya Sheila dan anak-anak sahaja, kebetulan Boss ada kerja, so tak dapat nak ikut sekali.

Kalau ada apa-apa boleh hubungi Sheila melalui telefon bimbit sahaja, samada sms@call <--- tak ada internet.

Sehingga jumpa lagi, salam ceria ^_^



stumbleupon digg rss